Ciri-ciri stesen Stesen_BRT_Sunway_Lagoon

Lokasi

Stesen ini terletak di atas Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor. Di timur stesen adalah Hotel Sunway Lagoon Resort manakala di barat stesen adalah kawasan perumahan PJS 9. Juga terletak berhampiran adalah pusat komersial Sunway Metro, Sunway Lagoon Club, Palmville Resort Condominium, pusat membeli-belah Sunway Pyramid, dan taman tema air Sunway Lagoon.

Pelan stesen

P
Platform
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
SB Arah Selatan BRT Laluan Sunway menghala ke  SB7  USJ 7 (SunMed)
SB Arah Utara BRT Laluan Sunway menghala ke  SB1  Sunway-Setia Jaya (Mentari)
Platform sisi, pintu bas akan dibuka di sebelah kiri
MAras mezaninJejambat merentasi platform, laluan pejalan kaki ke Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan dua platform sisi untuk perkhidmatan BRT Laluan Sunway. Di setiap platform terdapat mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif. Bagi penumpang yang ingin menukar laluan, mereka perlu keluar dari sistem dan membeli tiket baharu kerana jejambat merentasi platform terletak di ruang tidak berbayar stesen.

Perkhidmatan bas

Stesen ini terletak berhampiran hentian bas Sunway Metro Commercial Centre dimana bas laluan Sunway City dan bas Smart Selangor laluan SJ02 berkhidmat di hentian bas tersebut.